Pahang FA Ikat Pemain pertahanan juara AFC Cup 2019

Pasukan Pahang FA hampir pasti mendapatkan khidmat pemain import terbaru dibahagian pertah@nan dari Lebanon, Khalil Khamis yang merupakan salah seorang pemain dalam skuad Al Ahed FC menjulang Piala AFC Cup 2019 baru-baru ini.

Al Ahed FC telah memuatnaik status mengenai perpindahan Khamis Khalil melalui laman sosial rasmi Instagram mereka semalam mengesahkan bahawa pemain itu akan berpindah ke pasukan Pahang untuk musim 2020.

“Pertandingan antara Al-Ahed dan Palestin Al-Quds Hilal adalah perlawnan terakhir Khalil Khamis dengan Al-Ahed musim ini, kerana dia akan berangkat esok (Selasa) untuk pengalaman profesional pertamanya di Pahang FA, yang bermain dalam Liga Super Malaysia.”

“Pengurusan kelab Al-Ahed mengucapkan selamat maju jaya pada Khalil Khamis dengan kelab barunya, dengan harapan bertemu lagi musim depan.”

Dijangka Khalil Khamis akan menggantikan Herald Goulon yang dikatakan mengalami kece bderaan yang mungkin menjejaskan persiapan pasukan Pahang menghadapi musim 2020.

Sumber : vocketfc