Tak Ada Hak Nak Pertikai’

HORMATI permintaan penaja. Itu antara perkara menyebabkan jumlah penajaan antara Telekom Malaysia (TM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya banyak pihak hingga menimbulkan pelbagai spekulasi neg@tif.

Namun, bagi beberapa rakan kongsi Liga Malaysia berpendapat jumlah penajaan itu yang tidak didedahkan kepada umum tidak wajar dijadikan sebagai satu isu memandangkan semua pasukan akan mengetahui jumlah agihan hak penyiaran yang bakal diterima.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Syahrizan Mohd Zain berkata, mereka selaku pemegang rakan kongsi sudah diterangkan mengenai perkara itu dan memahami pendekatan diamalkan MFL demi melindungi kepentingan pihak penaja. Tambahnya, apa yang perlu dijadikan tumpuan semua pihak ialah kejayaan MFL mengotakan janjinya untuk mendapatkan penaja utama sebelum Liga Malaysia pada musim 2020 bermula.

“Saya rasa bukan masalah besar nilai tajaan tidak dikongsikan kepada umum kerana rakan kongsi atau pasukan yang jadi keutamaan dalam saingan Liga Malaysia sudah tahu.“Kita kena hormat permintaan MFL serta TM dan kami sebagai rakan kongsi sedikit sebanyak sudah mengetahui perkara ini serta jangkaan hak penyiaran pada musim ini dalam beberapa taklimat yang lalu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Persatuan B0lasepak Kedah (PFA), Shahrul Samsudin menyifatkan masih lagi ada pihak yang tidak memahami kekangan dialami MFL sebelum ini sehingga jumlah penajaan tidak diumumkan menjadi satu !su.Jelasnya, kehadiran TM sebagai penaja utama sudah cukup baik daripada tidak mendapat apa-apa di mana perkara ini akan menjadi satu permulaan yang boleh memberi semangat baharu kepada semua pasukan bertanding.

Cuma, dalam masa sama, semua pasukan bersama badan peneraju liga itu sendiri perlu lebih pr0aktif untuk menarik penyokong hadir ke stadium walaupun selepas ini penyokong bakal ditawarkan pakej Pass Tontonan Unifi TV yang agak berpatutan.“Bagi saya, MFL sudah pun mendapat penaja utama dan perkara itu yang perlu kita fokuskan kerana yang penting semua rakan kongsi liga sentiasa diberitahu segala maklumat termasuklah jumlah penajaan,” katanya.

Jumaat lalu, TM diumumkan sebagai penaja utama bagi kejohanan berprestij Piala Malaysia yang kini dikenali sebagai TM Piala Malaysia.

Menerusi perjanjian selama tiga tahun, TM menerusi anak syarikat TM Multimedia (TMM) itu turut menjadi penaja bersama bagi Liga Super, Piala FA, Liga Perdana dan Piala Cabaran di mana kerjasama ini meliputi hak penyiaran eksklusif dan hak mobile streaming serta dalam talian pada semua platform unifi TV

Sumber:Hmetro