“Gaji pemain masih mampu kami lunaskan..” – Setiausaha Kehormat KFA

“Gaji pemain masih mampu kami lunaskan..” itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Asmirul Anuar Aris, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Kedah selepas di hujani dengan pelbagai soalan dari peminat skuad Hijau Kuning yang ingin mendapatkan gambaran sebenar tentang keadaan skuad kendalian Aidil Sharin itu. Melalui laman Facebook-nya beliau mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web Harian Metro baru-baru ini

kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiasusaha kehormat KFA di Facebook milik beliau.

Pada 9 Februari yang lalu, akhbar Harian Metro melalui laman sesawang-nya telah mengeluarkan artikel yang menyatakan sebuah kelab yang berpengkalan di utara tanah air yang berstatus gergasi gagal untuk melunaskan gaji bulan Disember 2019 dan Januari. selain dari tunggakan gaji dua bulan tersebut, sumber yang ditulis oleh Firdaus Hashim, Harian Metro tersebut juga mendedahkan barisan pemain turut menuntut bonus kejayaan tahun lalu dalam saingan Piala Malaysia.

https://www.hmetro.com.my/arena/2020/02/542723/masih-ada-culas-bayar-gaji-pemain

Penyokong Kedah yang membaca artikel sebut mengambarkan seolah-olah pasukan yang ditujunya adalah kepada skuad lang merah kerana talking point yang digambarkan dalam artikel tersebut lebih terjurus kepada Juara Piala FA itu. Namun begitu, selepas beberapa jam kemudian, Yang Berhormat Asmirul Anuar Aris membalas kenyataan dengan menyatakan bahawa gaji pemain telahpun dilunaskan dan menggangap ini adalah sera ngan provokasi kepada pasukan tersebut yang dalam persiapan  untuk menentang Johor Darul Tak’zim (JDT) perlawnan Piala Sumbangsih.

YB Asmirul juga menunggu kesahihan cerita yang dikeluarkan itu kerana ini adalah satu tuduhan yang agak berat yang dilemparkan kepada skuad lang merah tersebut.