Mengejutkan ,Pasukan Berstatus Gergasi Buat Hal

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) belum membuka tirai, namun ada pasukan Liga Super berstatus gerg@si yang culas membayar gaji pemain untuk bulan Disember dan Januari.Lebih mengejutkan, bukan saja pemain, ia turut membabitkan pegawai dan staf sokongan persatuan yang berpangkalan di utara tanah air itu.

Keadaan itu menyebabkan pemain tidak beraksi sepenuh hati ketika dalam beberapa perlawnan pramusim termasuk kekalahan kepada satu pasukan Liga Perdana baru-baru ini.

Menurut sumber terdekat pasukan itu, kegagalan pihak pengurusan menjelaskan pembayaran gaji sememangnya mengejutkan ketika mereka pada awal musim ini sangat aktif membawa masuk beberapa muka baharu.“Sebenarnya !su ini dah beberapa kali berlaku dari tahun lalu lagi. Dua minggu lalu, kalau nak tahu gaji pemain lama untuk bulan November baru dibayar oleh pihak pengurusan.

“Tapi gaji bulan Disember dan Januari masih tak dapat lagi. Pemain baharu banyak mengeluh dan mereka rata-rata tak sangka boleh jadi macam ini.

“Bila jadi macam ini, moral pemain pun mula jatuh dan ia tak elok untuk pasukan. Tapi kalau tengok pada persiapan awal, bila gaji tak bayar memang ‘kelakar’ tapi pemain tak berani nak buka mulut,”

Selain tunggakan gaji dua bulan, sumber mendedahkan barisan pemain turut menuntut bonus kejayaan tahun lalu dalam saingan Piala Malaysia.

sumber:HM