Dibatalkan Tanpa Penjelasan

10 hari selepas mengumumkan senarai 20 pasukan yang akan menyertai Liga M3, AFL nampaknya telah membatalkan penyertaan satu daripada pasukan itu, iaitu Johor Bharu FA (JBFA).

 

Dalam satu kenyataan rasmi pasukan itu, mereka telah menerima surat daripada Malaysian Football League berhubung pembat@lan penyertaan mereka melalui email pada 5 Februari namun tiada penjelasan lanjut diberikan mengenai sebab pembat@lan itu.

 

Akur dengan arahan yg diterima, pasukan itu turut memohon maaf kepada penyokong-penyokong kami terutamanya dari kalangan anak jati bangsa Johor kerana tidak dapat meneruskan perjuangan.

 

Sumber:johorbahrufa