Tiga “centre back” Malaysia yang mempunyai potensi untuk beraksi di Liga Jepun

Saingan Liga Jepun sememangnya menjadi pentas impian bagi rata-rata pemain dari Asia Tenggara kerana saingan yang lebih kompetitif dan juga sebagai batu loncatan untuk beraksi di Eropah.Baru-baru ini, salah seorang ejen pemain mendedahkan memaklumkan kepada kami bahawa mereka sedang mencari pemain pertahanan tengah dari Malaysia untuk dibawa menjalani percubaan bersama salah sebuah kelab dari negara matahari terbit itu.

Di sini, kami senaraikan tiga pemain pertahanan Malaysia yang mempunyai potensi untuk beraksi dalam saingan Liga Jepun.

1. Adam Nor Azlin Myat Kaung Khant ketika beradu dengan Adam Nor Azlin dalam perlawnan di Sukan SEA 2019.Adam mempunyai pengalaman luas di pentas antarabangsa baik bersama kelabnya, Johor Darul Ta’zim mahupun skuad kebangsaan.

Beraksi di saingan AFC Champions League musim lalu sedikit-sebanyak membantu bekas pemain Selangor ini untuk menimba pengalaman serta mengetahui corak permainan di kelab dari Liga Jepun apabila pernah berdepan dengan Kashima Antlers.

2. Shahrul Saad merupakan pemain pertahanan tengah terbaik yang dimiliki oleh negara ketika ini.Beliau membantu Malaysia mara ke pentas akhir saingan Piala AFF Suzuki 2018 serta beraksi dalam semua perlawnan ketika kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Shahrul turut mempunyai fizikal yang baik dan dianggap sesuai untuk beraksi di Jepun.

3. Harith Haiqal dicanang sebagai pemain pertahanan pasukan kebangsaan pada masa akan datang. Harith merupakan pemain yang dicanang sebagai tonggak utama pasukan negara di bahagian pertahanan pada masa akan datang.Calm and composed sinonim dengan Harith setelah melihat beliau menampilkan persembahan cemerlang ketika saingan AFF B-19 tahun pada 2019 lalu.

Tiga pemain pertahanan di atas sememangnya mempunyai potensi untuk beraksi dalam saingan Liga Jepun. Sekiranya mempunyai peluang, ketiga-tiga pemain ini harus memanfaatkan peluang tersebut bagi membantu mereka meningkatkan mutu serta corak permainan masing-masing.

Sumber : vocketfc