Rufino Segovia pasti akan kembali!

Pengendali Selangor, B.Sathianathan percaya penye rang import Rufino Segovia yang masih belum diturunkan sepanjang aksi pra-musim akan kembali ke dalam skuad tepat pada waktunya sebelum se pak mula musim baru Liga Super.

Pemain  dari Sepanyol itu mengalami kece deraan tumit serius ketika perlawnan menentng Kuala Lumpur pada 10 Mac 2019 dan terpaksa berehat panjang yang menyaksikannya terlepas kesemua baki aksi musim lalu.

Walaupun pada awalnya diberitakan dia sudah bersedia membuat ‘comeback’ selepas menjalani pemulihan intensif, Rufino ‘disimpan’ Sathianathan dan dia terlepas beberapa aksi pra-musim Red Giants disebabkan memerlukan lebih masa untuk pulih sepenuhnya.

“Perkembangannya positif dan saya boleh kata dia hanya menunggu masa (untuk diturunkan). Semua teruja menunggu kepulangannya ke dalam pasukan selepas begitu lama dia tersisih, kita ada masa lebih tiga minggu lagi (sebelum Liga Super bermula) dan sudah tentu kita mengharapkan dia akan membentuk satu gandingan yang cukup bagus bersama Ifedayo (Olusegun) di jentera serangan.

“Dia adalah seperti seorang pemain baru di dalam skuad, kehadirannya adalah satu tonik kepada semua, melihat kepada semangatnya, saya yakin dia boleh kembali sebagai seorang pemain yang lebih bagus dan akan lebih menyengat,” kata Sathianathan.

Sebagai rekod, Rufino dibawa masuk Selangor pada perpindahan kedua Liga Malaysia 2017 di mana dia menjaringkan 10 gol dalam semua pertandingan sebelum ‘meng ganas’ pada musim 2018 dengan memenangi Anugerah Kasut Emas penjaring terbanyak Liga Super (19 gol) dan menamatkan musim tersebut dengan jumlah keseluruhan 31 gol dalam semua pertandingan.

Sumber : foxsports