Tiga Pasukan Dijangka Akan beri tentngan sengit kepada JDT

Bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein, menjangkakan saingan Liga Malaysia 2020 akan lebih kompetitif dan sukar untuk diramal.

Walaupun juara enam kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), masih menjadi pilihan namun Syed Adney menamakan tiga pasukan iaitu Kedah, Terengganu dan Selangor mampu memberikan cabaran lebih sengit berbanding beberapa musim yang lalu.

Tambah Syed Adney, penambahan ramai pemain berkualiti dalam ketiga-tiga pasukan itu menjadikan mereka lebih seimbang di setiap posisi selain memberikan jurulatih lebih banyak pilihan pemain.“Terengganu telah ke luar negara lakukan persiapan lebih awal sementara Kedah bagi saya bermain dengan baik di pusingan kelayakan Liga Juara-juara AFC baru-baru ini walaupun tewas kepada kelab Korea (FC Seoul).

“Corak mereka ketika bermain nyata lebih tersusun di bawah Aidil Sharin dan saya fikir kualiti yang Kedah ada jelas begitu baik dengan kehadiran-kehadiran pemain-pemain baharu, begitu juga dengan Selangor yang dihadiri beberapa pemain bintang.“Secara keseluruhannya, bagi saya perkembangan yang amat positif daripada ketiga-tiga pasukan ini dan kita mahu aksi liga yang lebih kompetitif membabitkan semua pasukan dalam merebut kejuaraan.

“Andai kata jika JDT menang sekali lagi kejuaraan liga musim ini, saya harap ada cabaran kepada mereka dan bukannya pemenang diketahui tiga atau empat perlawnan sebelum liga berakhir,” katanya.

Kedah antara pasukan yang menarik perhatian ramai sebelum sepak mula Liga Malaysia 2020 apabila berjaya menyambar dua import sensasi Kpah Sherman dan Tchetche Kipre di bahagian seran gan selain Hadin Azman menguatkan posisi sayap kiri serta pemain Bawah 23 tahun negara, Irfan Zakaria di bahagian pertahanan.

Manakala Terengganu kembali mendapatkan sentuhan Faiz Nasir serta beberapa pemain baharu seperti Nasir Basharudin, Darren Lok, D. Saarvindran dan Stuart Wark selain pemain import dari Singapura yang pernah beraksi dengan PKNS FC, Faris Ramli.Selangor pula mendapatkan sentuhan Brendan Gan, Nicholas Swirad, Safuwan Baharudin dan Rodney Celvin Akwensivie.

Dalam pada itu, Syed Adney masih menjadikan JDT sebagai pilihan utama selepas menilai kekuatan pasukan itu yang membuat persiapan yang lebih jitu pada musim ini termasuk ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengadakan beberapa aksi persahabatan dengan kelab-kelab luar negara.

“JDT telah beraksi di UAE dan mereka bermain dengan baik termasuk dapat meraih beberapa kemenangan ke atas pasukan-pasukan yang begitu baik.

“Jadi mereka telah buktikan yang mereka boleh bersaing di satu tahap yang lebih tinggi dan saya fikirkan mereka masih sama seperti sebelum ini,” katanya.Saingan Liga Malaysia musim 2020 akan membuka tirai pada 28 Februari ini bagi aksi Piala Sumbangsih antara juara Liga Super, Johor DT dan juara Piala FA, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Foto : MFL

Sumber : vocketfc