Shahril tak leka dengan pujian

Di sebalik pujian diberikan penyokong kerana @ksi bersemangat dengan melakukan 15 ‘save’ pada saingan playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) minggu lalu, penjaga gol Kedah, Shahril Saa’ri mahu terus fokus untuk persiapan menempuh Liga Malaysia bermula hujung bulan ini.

Menurut penjaga gol berusia 29 tahun itu, beliau tidak mahu tenggelam dalam segala pujian diterima sebelum ini, sebaliknya mahu menumpukan sepenuh perhatian bagi meningkatkan lagi aksinya pada musim ini.

“Saya tak boleh leka dengan pujian diterima kerana sekarang masih di peringkat awal dan pada tahun ini saya masih lagi perlu bersaing bersama-sama penjaga gol lain yang ada sekarang.

“Bagi saya penampilan di ACL yang lalu adalah bonus kepada saya dan perlu terus bekerja keras untuk tampil dengan lebih baik lagi di masa depan.

“Jadi tiada sebab untuk saya mendabik dada atau membangga diri walaupun menerima banyak pujian dari penyokong kerana ia boleh melalaikan dan mungkin boleh hilang fokus,” katanya.

Katanya, selain panduan diberikan jurulatih penjaga gol Kedah, Effendy Kamsah dan Hadi Hamid, nasihat daripada rakan seperjuangan Ifwat Akmal, Azri Abd Ghani dan Asri Muhamad turut mendorong melonjak motivasinya.

“Bagi saya Ifwat masih lagi seorang penjaga gol yang sangat saya hormati sebab saya tahu corak permainan dia yang bagus dan ‘steady’ dengan pengalaman luas dilaluinya sebelum ini.

“Persaingan yang ada adalah untuk meningkatkan keupayaan masing-masing bagi menyumbang @ksi terbaik demi kejayaan pasukan. Kami juga berbincang untuk menghadapi setiap perlawnan dan sering bertukar-tukar pendapat agar sama-sama boleh pertingkatkan mutu permainan,” katanya.

Sumber:BH