Safawi Rasid sepatutnya beraksi di Eropah, bukan terus kekal di Liga Malaysia – Redknapp

Bekas kapten Liverpool, Jamie Redknapp berpendapat pemenang anugerah MVP di Anugerah BolaSepak Kebangsaan tahun lalu, Safawi Rasid sepatutnya beraksi di Eropah dan bukan terus kekal di Liga Malaysia.

Pendapat Redknapp itu disandarkan selepas terpegun menyaksikan aksi hebat pemain penyer ang sayap JDT itu bersama pasukan negara, khususnya menerusi tenda ngan kaki kiri pemain tersebut.

Redknapp yang memiliki 237 penampilan bersama The Reds berpendapat Safawi bagaimanapun memerlukan individu yang tepat bagi membuka jalan buatnya beraksi di sana.

Safawi Rasid 2 Malaysia Tajikistan
FOTO: FAM

 

Safawi disaran untuk mengikuti jejak langkah pemain Jepun, Takumi Minamino dengan beraksi bersama pasukan di Liga Austria sebelum dipancing oleh juara dunia, Liverpool pada Disember lalu.

“Sebelum saya datang ke Malaysia untuk menjadi tetamu dalam pelancaran Cadbury FC ini, anak saya membuka Youtube dan aksi pemain nombor 11 [Safawi] memikat hati saya,” kata Redknapp seperti yang dipetik dari Arena Metro.

“Dia berani mengelecek dan mempunyai sepa kan percuma kaki kiri yang berkualiti dan terus terang, dia seorang pemain yang memikat mata saya mengenai pemain dari Malaysia.

Takumi Minamino

 

“Saya rasa dia perlukan sedikit tuah seperti Minamino yang ke Liverpool. Dia juga perlu berani selain berusaha keras dan agresif dengan melihat lebih banyak perlawnan liga luar seperti EPL [Liga Perdana Inggeris].

“Apapun, dia ada kelebihan unik kaki kiri seperti mana Mohamed Salah. Kuncinya berani mencabar diri ke luar negara kerana dia masih muda dan bertenaga.”

Redknapp dipetik sebagai berkata demikian selepas ditemui pada Pelancaran Cadbury FC musim ketiga dengan penampilan eksklusif Redknapp dan trofi EPL di Malaysia semalam.

Sumber : semuanyabola