UKM FC Ikut nasihat TMJ

UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM FC) mengambil pendekatan bergerak sendiri tanpa bantuan dana daripada UKM dalam membentuk pasukan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Ketua jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin berkata, langkah itu diambil sebagai mematuhi nasihat pemilik kelab b0la sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Sehubungan itu katanya, perbelanjaan yang akan digunakan pasukan itu terutama bagi pengambilan pemain tempatan dan imp0rt dalam pasukan akan berpandukan kepada kemampuan kewangan yang ada.“Kita ikut nasihat TMJ (Tunku Mahkota Johor) dan Presiden FAM yang menyarankan supaya setiap pasukan dalam Liga M tidak berbelanja ikut n@fsu dan di luar daripada kemampuan kewangan dimiliki.

“Seperti kata baginda (TMJ), kita harus ukur baju di badan sendiri. Justeru itu kita mengambil pendekatan itu dalam melaksanakan rancangan pembentukan pasukan musim ini.

“Ia bagi mengelak timbulnya pelbagai masalah membabitkan kepentingan pegawai dan pemain seperti tunggakan gaji dan bebanan hvtang kepada pasukan di kemudian hari.“Kami tidak mahu ia berlaku dan kita ambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku dengan beberapa pasukan lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata setakat ini pihaknya sudah mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung keperluan mengharungi Liga M musim ini hasil penajaan pihak swasta.Menurut beliau, walaupun tiada penaja utama atau berstatus besar, tetapi jumlah penajaan yang diterima daripada beberapa syarikat kecil yang ingin bersama dengan UKM FC setakat ini sudah mencukupi bagi k0s operasi pasukan sepanjang tempoh semusim.

“Mengambil kira kemampuan kewangan yang terhad, kami tidak mengambil pemain terutama import yang meminta gaji mahal, sebaliknya sekadar ikut kemampuan tapi tetap mengambil kira kualiti mereka,” katanya.

 

Sumber:HM