Sathia tak sabar turunkan Rufino

PENYOKONG The Red Giants bakal menyaksikan penampilan semula kel!bat import Selangor, Rufino Segiova pada aksi pembukaan Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

Menurut Ketua Jurulatih Selangor, B Sathianathan, pemain dari Sepanyol berusia 34 tahun itu yang mengalami keced3raan tumit sejak beberapa bulan lalu kian pulih akan digandingkan bersama seorang lagi import Olesegun Ifedayo Olusegun.

Pada masa sama katanya, seorang lagi tonggak penting Selangor, Wan Zack Haikal yang terpaksa berehat panjang pada musim lalu selepas mengalami keced3raan ligamen lutut (ACL) juga kini mula menunjukkan perkembangan p0sitif.

“Wan Zack Haikal semakin beransur pulih dan akan diturunkan pada perlawnan-perlawnan pra musim nanti.

“Biarpun begitu kami terpaksa akur tidak dapat menggunakan khidmat pemain lincah Norhakim Hassan yang mengalami keced3raan ligamen lutut (ACL) yang menyebabkan beliau terpaksa berehat lapan bulan,” katanya kepada Sinar Harian berhubung persiapan Selangor menjelang sepak mula Liga-M musim ini.

Sementara itu, Sathianathan berkata, dia menyerahkan kepada Perak II untuk membuat keputusan berhubung permintaannya untuk beraksi tanpa penonton pada perlawnan persahabatan pra musim di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), 22 Februari ini.

Katanya, pihaknya hanya menunggu maklum balas berhubung permintaan berkenaan kerana permohonan berhubung perkara berkenaan sudah pun dibuat kepada Perak II.

Sumber:Sinar