Perlis FA tidak dibenarkan tubuh pasukan lain dalam Liga Malaysia

Baru-baru ini peminat bolasepak tempatan mempertikaikan kewujudan beberapa kelab amatur yang menggunakan nama Perlis dalam saingan liga divisyen 3 (Liga M3) musim 2020.

Dalam pengumuman senarai pasukan yang bertanding di pusingan awal kelayakan Piala FA 2020, terdapat 3 pasukan yang menggunakan nama negeri dari utara iaitu Perlis United, Kuala Perlis FC dan Northern Lion FC.

Namun, Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) memberi ama ran kepada Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) supaya tidak menubuh atau menguruskan pasukan bolasepak lain untuk bersaing di Liga Malaysia pada musim ini.

Ini adalah untuk mengelakkan mana-mana pasukan yang terlibat dalam pengaruh atau berada dibawah pengurusan PFA dikenakan tindakan susulan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana badan induk negeri itu sedang menjalani hukvman penggantvngan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata dalam Arena Metro, PFA perlu selesaikan hutang tertunggak terlebih dahulu sebelum kembali beraksi dalam Liga Malaysia.

“FIFA boleh ambil tindakan kepada pasukan daripada PFA kerana penyertaan mereka dalam liga tak boleh wujud sehingga hutang selesai sampai bayar.

“Jika ada ahli gabungan PFA mahu menubuhkan pasukan menggunakan nama Perlis tiada masalah, namun tidak boleh pengurusan daripada badan induk bolasepak negeri terbabit.

“Walaupun PFA menukar nama lain atau tubuh pasukan baharu untuk bersaing dalam Liga Malaysia, namun mereka sudah pasti tidak terlepas daripada tindakan daripada FIFA,” katanya.

PFA kini sedang menjalani hukvman penggantvngan daripada sebarang aktiviti bolasepak oleh FIFA sejak awal 2019.

Sumber : vocketfc