“Macamana kami nak menang, rumput panjang sangat, rumput panjang sangat…“ – Arteta

Mikel Arteta menya1ahkan padang sebagai punca keserian pasukannya di tangan pasukan Burnley semalam. Untuk nampak lagi canggih, Arteta menyelitkan unsur saintifik dan teknikal di dalam hujahnya.

Beliau memberitahu saiz rumput dan julat kekeringan rumput pada padang Turf Moor yang menjadikan pasukan Meriam itu gagal untuk meletvpkan tem bakkannya.

Kegagalan untuk menang itu membuatkan Arsenal sekarang ini sudah seri sebanyak 13 kali daripada 25 aksi Liga Perdana Inggeris.

Dan lebih menjeng kelkan dan sukar diterima akal waras, apabila pasukan paling mahal tiket hari perlawnan di EPL, di Emirates ini hanya menang enam kali musim ini.

Hanya dua pasukan yang lebih j1jik rekod kemenangan setakat ini selain Arsenal iaitu, Watford dan pasukan mengumpulkan Duda bermain dengan Tettey, Idah, serta Pukki, Sitti, iaitu Norwich City,

Arteta mengambil kesempatan melepaskan ge ramnya dengan menyatakan bahawa keadaan padang di Turf Moor sebagai tak diuruskan dengan baik.

“Kami tak dapat menang kerana rumput panjang sangat, keadaan padang ini sangat sukar. Lepas tu, mereka tak siram padang. Jadi, sangat susah nak main bolasepak di sini.”

Arteta kemudian mengangkat bakul sendiri dengan memuji kebijaksanaannya dalam menyediakan pasukan yang akan bertandang ke Turf Moor kerana tahu pasukan Burnley akan mengeringkan padang mereka.

“Semalam, saya tak siram padang latihan kami di Arsena. Sebab saya dah agak keadaan ini akan berlaku di sini. Namun ia masih gagal membantu kami untuk bermain dengan lebih lancar di sini.”

Namun, beliau u turn sekali lagi dalam masa sekejap menyatakan bahawa pasukan lawn memang bermain baik.

“Kita menyesuaikan diri dengan baik dalam beberapa ketika. Namun harus diakui, bukan salah rumput saja sebenarnya, memang pasukan lawn bermain baik hari ini.”

Tidak cukup dengan kata kata b0dekkan dan pujian ke atas diri sendiri, Arteta kemudian memuji pasukannya yang disifatkannya bertahan dengan sangat baik. Cuma agak ke cewa dengan kualiti di seran gan mereka.

“Kita kena lebih konsisten. Kita nampak power dalam beberapa ketika, namun selepas itu kita cuai dan tak terurus.”

“Saya suka dengan cara kami bertahan pada hari ini. Kita lebih kental di barisan pertahanan. Cuma, apabila di depan gol kenalah lebih tenang dan penyudah lebih baik.”

Laman peminat Burnley ini menyatakan Arteta nampaknya cuba sedaya upaya nak nampak seperti Pep Guardiola yang pernah menggunakan alasan yang sama.

Ketika itu, Arteta masih menjadi pembantu kepada Pep Guardiola. Arteta merassakan pasti ramai peminat Arsenal akan teruja mendengarnya. Sebab dalam beberapa perlawnan sebelum ini, peminat Arsenal bangga dengan gaya Arteta yang macam Guardiola.

Arsenal kini berada di tangga kesepuluh dalam carta liga. Dan lebih tervk, mereka hanya menang 1 daripada 7 perlawnan liga di bawah Mikel Arteta.

Rekod kemenangan Arteta lagi tervk daripada Ljungberg dan juga Unai Emery yang sebelum ini mengvtuk penyokong Arsenal menganggap mereka seperti batu api dan hati busvk, menjadi punca pemecatannya.

Kita tunggu sahaja bench cam daripada Arsenal untuk perlawnan ini. Tak sabar nak melihat gaya Arteta di tepi padang.

Sumber : sukan.my