Kelantan lancar jersi edisi khas ‘White & Gold’

Selepas melancarkan jersi khas serba h1tam pada pertengahan bulan lalu, pasukan Liga Premier, Kelantan melancarkan sehelai lagi jersi khas yang lebih menawan berwarna Putih-Emas.

Jersi yang dikeluarkan oleh jenama tempatan, PUC Sport itu dilancarkan secara digital pada malam tadi menerusi hebahan di akaun media sosial pasukan Kelantan FA.

 

“Syarikat PUC Sport melancarkan jersi edisi khas berwarna putih dalam usaha mengukuhkan lagi kantung kewangan pasukan bagi mengharungi saingan musim ini.” kata kenyataan rasmi pasukan yang turut The Red Warriors itu.

Bagi penyokong-penyokong Kelantan yang ingin mendapatkan jersi edisi khas putih-emas ini, anda boleh ke aplikasi mudah alih atau laman sesawang PUC Sport.

Foto: Kelantan FA

Selain itu, jersi ini turut dijual di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV bermula hari ini.

Ianya hadir dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM69.90 sama seperti jersi edisi khas berwarna hitam.

Foto: Kelantan FA

Sumber : foxsports