Di Maria kutuk Mbappe

Pemain sayap Paris Saint Germain (PSG), Angel Di Maria mengkr!tik Kylian Mbappe berhubung reaksi rakan sepasukannya itu ketika digantikan pada pertemuan dengan Montpellier, Ahad lalu.

Pada perlawnan itu PSG melakar kemenangan 5-0 ke atas Montpellier.

Mbappe menjaringkan gol keempat PSG dalam perlawnan itu tetapi dilihat menunjukkan reaksi tidak puas hati selepas jurulatih, Thomas Tuchel mengeluarkannya.

“Ia situasi yang sukar, tiada siapa yang mahu dikeluarkan, semua orang mahu bermain dan itu perkara biasa.

“Kylian (Mbappe) mahu menjaringkan gol tetapi pengurus membuat keputusan untuk membawa dia keluar.

“Masih ada pemain yang berada di bangku simpanan yang mahu bermain dan mempunyai kebolehan, dia sepatutnya faham mengenai perkara itu,” kata Di Maria.

Selepas 16 penampilan, Mbappe merekodkan 14 gol dalam saingan Ligue 1 musim ini.

PSG ketika ini berada di tangga teratas liga dengan berkelebihan 12 mata ke atas penc@bar terdekat, Marseille. – AGENSI