Cheng Hoe harap sentuhan berbisa Liridon dalam skuad H@rimau Malaya

KETUA Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan jentera sera ngan pasukannya akan lebih mantap dengan kehadiran pemain naturalisasi terbaru negara, Liridon Krasniqi.

Cheng Hoe yang bertanggungjawab membentuk Liridon menjadi salah seorang pemain terbaik Liga Malaysia (Liga-M) ketika membimbing Kedah satu ketika dahulu, berkata, dengan kemasukan Liridon ia akan menambahkan pilihan rangkaian serangan pasukan negara.

“Kalau ditakdirkan satu hari nanti Liridon bermain bersama pasukan negara, ia satu impak terbaik kepada pasukan kerana beliau mempunyai karakter dan permainan yang berm0tivasi tinggi sekali gus memberi perkembangan p0sitif di bahagian sera ngan pasukan.

“Kita tahu semasa di Kedah beliau bermain begitu baik dan merupakan jentera peled@k pasukan selain bekerja keras dalam setiap latihan dan perlawnan. Jadi saya harap beliau teruskan sumbangan itu bersama pasukan kebangsaan nanti,” katanya.

FAM pada Isnin mengesahkan pemain kelahiran Kosovo itu kini mewakili pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan sah menjadi warganegara Malaysia selepas menerima kad pengenalan (MyKad) di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Namun, Cheng Hoe menegaskan beliau dan barisan kejurulatihannya tetap akan memantau serta menilai keseluruhan prestasi pemain berusia 28 tahun itu sebelum disenaraikan dalam pasukan kebangsaan.

“Beliau daripada segi fizikal, takt!kal dan teknikal telah meningkat tetapi kita kena pantau dahulu prestasinya bersama JDT dalam saingan Liga-M musim ini kerana hampir setahun beliau tidak beraksi secara k0mpetitif,” jelas pengendali berusia 50 tahun itu.

Menyentuh mengenai peluang Liridon diturunkan pada aksi saingan pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai 26 Mac depan, Cheng Hoe berkata beliau serahkan segalanya kepada usaha yang sedang giat dilakukan FAM.

Liridon berpeluang menyarung jersi skuad H@rimau Malaya ketika berdepan UAE, namun FAM kini sedang menunggu pengesahan daripada Fifa sebelum meneruskan dengan proses pendaftaran pemain yang akan tamat pada 20 Mac ini. -Bernama