Baddrol Bakhtiar lagenda bolasepak moden Kedah FA

Jika disebut nama Baddrol Bakhtiar, sudah pasti ia sangat sinonim dengan pasukan bolasepak Kedah FA. Yang merupakan icon dan legenda bolasepak moden Kedah FA.

Ia diibaratkan seperti kita sebut Gerrard orang akan tahu, ia bermain untuk Liverpool, Totti pemain AS Roma dan sebut Paul Scholes terus orang tau pemain Manchester United.

Begitulah gahnya nama Baddrol Bakhtiar dalam bolasepak Malaysia dan Kedah FA khususnya.

Kalau kita imbas kembali penglibat Baddrol Bakhtiar bersama Kedah bermula pada musim 2006/2007. Dimana beliau diserap dari skuad presiden Kedah, kerana telah menunjuk aksi yang baik ketika bersama skuad SUKMA Kedah pada tahun 2006. Antara pemain lain yang juga diserap pada ketika itu adalah Hadi Hamid.

Walaubagaimanapun, ketika Baddrol Bakhtiar diserap ke pasukan Kedah. Baddrol tidak dijanjikan bulan dan bintang untuk terus ke skuad utama.

Baddrol perlu bersaing untuk tempatnya dengan pemain senior yang lain. Pesaing terdekat Baddrol pada ketika itu adalah K Soley yang sering menjadi pilihan utama Kedah.

Namun, selepas K Soley berpindah ke Perlis pada tahun 2007. Baddrol mula mendapat peluang bersama Kedah. Aksi yang memberansangkan yang ditunjukkan Baddrol selepas itu dan menjaringkan 14 gol keseluruhan pada musim 07/08.

Komen Osmar pemain FC Seoul yang tertanduk ke gol sendiri bola hantaran Baddrol ketika bertemu Kedah pada perlawnan Playoff ACL minggu lalu

Sejak daripada itu, Baddrol mununjukkan aksi yang konsisten bersama Kedah sehingga ke hari ini.

Walaupun jatuh bangun pasukan Kedah, pernah terhumban ke Liga Perdana selama hampir 3 musim. Baddrol masih lagi mahu menyumbang bakti kepada Kedah untuk kembali bangkit sehingga ke hari ini.

Ketika Baddrol bermain di kejohanan Champion Youth Cup (CYC). Permainan yang ditunjukkannya semasa menentng Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge.

Peluang ke Stamford Bridge hadir pada tahun 2008, dimana Pengerusi Gifted Group Jonathan Price telah mengotakan janjinya. Dua pemain telah dipilih untuk mengikuti latihan di kelab terkemukan dunia Chelsea selama dua minggu iaitu Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Omar.

Selepas daripada pulang dari London, Baddrol menunjukkan banyak peningkatan dari segi aspek permainan bolasepaknya. Beliau banyak membantu Kedah untuk mencapai lebih banyak gelaran, dan membantu skuad Malaysia pada ketika itu.

Aksi konsisten Baddrol bersama Kedah kita tidak boleh menafikannya lagi. Beliau menjadi antara pemain tempatan yang paling konsisten di Kedah.

Bukan sahaja di Kedah, bagi aksi di Liga Malaysia juga, Baddrol Bakhtiar merupakan pemain yang konsisten menjaringkan gol bagi setiap musim sejak 2007.

Hanya beberapa orang sahaja pemain tempatan yang berjaya mencapai 100 gol di Liga Malaysia. Antaranya Indra Putra dan Baddrol Bakhtiar merupakan salah seorang daripadanya.

Baddrol mencapai 100 golnya bersama Kedah adalah pada tahun 2017 ketika menentang Sarawak di Liga Super.

Liga Super – 53 gol

Liga Perdana – 12 gol

Piala Malaysia – 20 gol

Piala FA – 11 gol

Piala AFC – 4 gol

Selepas dari 2017, Baddrol telah menjaringkan 16 gol. Pada tahun 2018, Baddrol telah menjaringkan 9 gol dan pada tahun 2019 dengan 7 gol.

Jumlah tersebut telah menjadikan jaringan gol Baddrol setakat ini bersama Kedah adalah 116 gol.

Pada musim lepas 2019, Baddrol menjadi salah seorang pemain yang sangat penting bagi Kedah, walaupun diusianya mencecah 31 tahun itu tidak menjadi penghalang. Baddrol menjadi pemain paling banyak menghasilkan bantuan gol bersama Kedah iaitu dengan 14 assist. Yang juga merupakan pemain tempatan paling banyak melakukan assist.

Data dan statistik tersebut menunjukkan Baddrol masih relevan bersama Kedah. Walaupun usianya telah mencapai 32 tahun hari ini.

Sumbangan Baddrol jelas sekali masih lagi ditagih oleh Kedah. Pada 2 aksi kelayakan ACL baru-baru ini. Baddrol merekodkan 2 assist ketika menentng Taipo FC dan juga Seoul FC.

Baddrol telah mencapai semua gelaran di peringkat domestik bersama Kedah. Menjadikannya pemain yang paling lengkap di Malaysia.

Termasuklah membantu Kedah mencapai ‘Double Treble’ pada tahun 2007 dan 2008.

Bukan sahaja di Kedah, malah di skuad kebangsaan juga Baddrol pernah mencapai gelaran emas sukan SEA sebanyak 2 kali. Iaitu pada tahun 2009 dan 2011.

Mana mungkin rakyat Malaysia dapat lupakan ketika saat Baddrol menjaringkan gol, bagi penentuan se pakan penalti pada sukan SEA 2011 dan mengesahkan pingat emas Malaysia. Baddrol juga merupakan ketua pasukan bagi skuad Malaysia U-23 sepanjang tahun 2011.

Kejayaan Baddrol bersama Kedah sangat manis. Beliau datang dengan skuad Kedah yang hampir lengkap. Selepas lara ngan pemain import, itu adalah saat kejatuhan bolasepak Kedah.

Sehinggalah Kedah jatuh ke Liga Perdana pada tahun 2012. 3 tahun bolasepak Kedah suram, dan begitu juga karier Baddrol Bakhtiar. Kemudian Kedah kembali mencapai gelaran pertamanya iaitu juara Liga Perdana pada tahun 2015.

Selepas Kedah kembali ke Liga Super, kecuali tahun 2018. Kedah akan mara sekurang-kurangnya 1 kali ke Final setiap tahun dan akan membawa pulang sekurang-kurangnya 1 piala setiap musim.

Berikut adalah bilangan piala yang dimenanginya dan menjadikan Baddrol pemain yang lengkap memenangi semua gelaran domestik.

Liga Super – 2

Liga Perdana – 2

FA Cup – 4

Piala Malaysia – 3

Piala Sumbangsih – 1

Malaysia – 2 pingat emas

Antara kelebihan Baddrol adalah, beliau boleh beraksi di setiap posisi di bahagian tengah. Menurut Ong Kim Swee, kelebihan Baddrol itulah yang digunakannya untuk membantu Malaysia memperolehi gelaran emas kedua berturut-turut tahun 2011.

Sepanjang karier, Baddrol terkenal di posisi sayap kanan. Dia juga boleh bermain di sayap kiri. Ketika di Malaysia dalam skuad Ong Kim Swee bermain sebagai attacking midfielder. Sehinggalah sekarang ini, Baddrol sering bermain sebagai holding midfielder (no6) dan juga center midfielder.

Selain itu, Baddrol juga sangat berbahaya dalam hantaran lintang. Kelebihan itu sering digunakan Baddrol untuk menghasilkan bantuan gol. Malah sepa kan percuma dan sepakan sudut Baddrol juga merupakan pemain yang terbaik di Malaysia.

Tidak dilupakan juga, selain kebolehan teknikalnya sebagai pemain bolasepak. Baddrol merupakan seorang pemimpin diatas padang, bukan sahaja diatas padang, Baddrol juga merupakan pemain yang mampu memberi pengaruh kepada pemain di bilik persalinan.

Tidak dinafikan Baddrol merupakan antara pemain bolasepak tempatan yang paling berjaya di Malaysia.

Pemain yang sangat konsisten dari setiap tahun ke setiap tahun, walaupun usianya yang semakin meningkat. Baddrol sentiasa membuktikan dia sentiasa relevan untuk pasukan Kedah. – Axello.net

Sumber : langmerahfans