Mbappe buat hal Lagi

PARIS: Kylian Mbappe menunjukkan reaksi tidak puas hati selepas Thomas Tuchel mengeluarkannya ketika Paris Saint-Germain membelasah Montpellier 5-0.

Pemain 21 tahun itu dikeluarkan pada minit ke-68, sejurus selepas Layvin Kurzawa meledak gol kelima di Parc des Princes.

Dengan ikon Perancis itu menyumbang gol keempat PSG 10 minit sebelum itu, Tuchel, 46, memutuskan untuk merehatkan bintangnya itu memandangkan tiga mata sudah dalam genggaman.

Mauro Icardi masuk menggantikan Mbappe, yang jelas ber4ng dengan keputusan pengendalinya itu.

Mbappe cuba berjalan melepasi Tuchel tanpa mempedulikannya walaupun bekas pengendali Dortmund itu cuba mengatakan sesuatu.

Tuchel terpaksa menghal4ngnya tetapi Mbappe mengatakan sesuatu sambil melindungi mulutnya kerana tidak mahu dirakam kamera, dan Tuchel membalasnya dengan perkara sama.

“Ia imej yang tidak baik, tetapi bukan hanya kami kelab yang mempunyai reaksi sebegini. Saya melihatnya di Dortmund,” kata Tuchel.

“Ia tidak bagus kerana ia menimbulkan kontroversi, ia akan mengg4nggu tumpuan. Saya tidak mar4h tetapi saya sed!h kerana ia tidak sepatutnya berlaku.” – AGENSI

Sumber : BH