Cristiano Ronaldo Semakin Menjadi-Jadi

MILAN: Cristiano Ronaldo melebarkan jaringannya kepada sembilan perlawanan berturut-turut dalam liga dengan dua penalti ketika pendahulu Serie A, Juventus bangkit daripada kekal@han kepada Napoli dengan kemenangan 3-0 mengatasi Fiorentina awal pagi tadi.

Bagaimanapun pencabar utama, Inter Milan dan Lazio juga kembali ke landasan kemenangan dengan Romelu Lukaku dan Ciro Immobile masing-masing meled@k dua gol untuk terus memberi tekanan buat juara bertahan lapan kali itu.

Juventus kini memiliki kelebihan tiga mata mengatasi pasukan tangga kedua Inter Milan, yang men3waskan Udinese 2-0.

Lazio dua mata lagi di belakang berbaki satu perlawnan dalam tangan selepas penjaring utama, Immobile dan Felipe Caicedo masing-masing meledak dua gol ketika membel@sah SPAL 5-1.

Ronaldo menjaringkan gol pada awal babak di Turin, manakala pertah@anan Belanda, Matthijs de Ligt menanduk masuk untuk gol ketiga pada masa keceder@an.

“Bagus untuk kembali mendapat kemenangan dan gembira saya sekali lagi menjaringkan gol di stadium kami! Bangga menjaringkan 50 gol bersama jersi bianconeri!,” kata Ronaldo di Twitter.

Juventus tew@s kali kedua musim ini hujung minggu lalu di tangan bekas pasukan jurulatihnya, Maurizio Sarri, Napoli. – AFP

sumber:BH