Penyiar mana lebih baik?

Dengan adanya siaran langsung di televisyen atau pun stream online, pasukan yang menyertai kejohanan ataupun liga-liga di seluruh dunia dapat mengutip dana bagi membiayai kewangan mereka dan itu salah satu sebab kenapa penyiar rasmi yang dilantik perlu mempunyai kualiti yang baik.

Pada tahun 2019, team BBST ada membuat beberapa kajian melalui laman Facebook BBST untuk melihat penyiar yang manakah menjadi pilihan dikalangan peminat bolasepak tanah air, ada juga yang menjadikan faktor pengulas sebagai salah satu tarikan bagi sesebuah penyiar rasmi yang pernah menyiarkan perlawanan-perlawanan dalam Liga Malaysia.

Berikut adalah antara jawapan yang dikumpul oleh team BBST untuk diulas.


1. Astro Arena

Kelebihan:
– Pengulas yang baik dan ada jiwa bolasepak.

– Ada siaran ulangan bagi yang terlepas games siaran langsung
– Ada siaran HD untuk Live bolasepak.
– Ulasan/ Info Grafik/Pergerakan Kamera lebih menarik.
– Ada rancangan sampingan mengenai sukan dan ulasan yang menarik.
Kekurangan:
– Astro Arena hanya ada 1 siaran sahaja.
– Perlu dilanggan secara bulanan.
2. Media Prima (TV3 & TV9)
Kelebihan:
– Kualiti sharan langsung yang baik.
– Tidak perlu bayar untuk menonton di televisyen.
Kekurangan:
– Pengulas yang kurang faktor “WOW”
3. RTM (TV1 & TV2)
Kelebihan:
– Semua orang boleh tengok siaran langsung.
– Pengulas yang pandai mengulas permainan.
Kekurangan:
– Kualiti grafik kurang menarik.
4. Unifi TV
Kelebihan:
– Ada siaran HD untuk siaran langsung bolasepak.
– Pengulas kurang menarik.
Kekurangan:
– Perlu langgan internet untuk dapatkan siaran tersebut.
– Susah untuk dapatkan jaringan internet.
– Internet tidak stabil bagi siarad tontonan tinggi.
5. Iflix
Kelebihan:
– Paparkan lebih banyak siaran langsung perlawanan Liga Super.
– Boleh ditonton dimana Sahara.
Kekurangan:
– Perlu langgan internet untuk dapatkan siaran tersebut.
– Susah untuk dapatkan jaringan internet.
– Internet tidak stabil bagi siarad tontonan tinggi.
Undian yang telah dibuat pada bulan Disember yang lalu dilihat rata-rata peminat bolasepak memilih Astro Arena dan Media Prima sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia. Bagi tahun 2020 ini siapakah bakal menjadi penyiar rasmi bagi liga tahun ini?