Ini musim Liverpool punya!

Juara Liga Juara-juara Eropah (UCL), Liverpool FC di lihat semakin hari semakin g@h dipersada Liga dengan memungut 73 mata dari 25 perlawanan dan 24 daripadanya memperolehi kemenangan dan satu seri itu sudah cukup untuk meninggalkan Juara Premier League yang lalu, Macherster City yang berkedudukan di belakang mereka (Liverpool) dengan 51 mata, beza 22 mata dengan Liverpool.

Liverpool yang dibimbing oleh Jurgen Klopp tampil lebih bersemangat untuk mengej@r gelaran Juara Liga Premier itu setelah beberapa lama The Reds tidak memenanginya dan kali terakhir memenangi gelaran tersebut pada tahun 1989/90 kira-kira 3 dekad yang lalu. Pasti kemenangan demi kemenangan yang diraih oleh mereka amat penting bagi memastikan Liverpool membawa pulang Kejuaraan Liga tersebut.

Namun, apa yang menarik dalam liverpool mengejar kejuaraan liga, sedar atau tidak banyak lagi rekord-rekod yang dipecah oleh Jurgen Klopp dan Anak buahnya musim ini. Antaranya ialah Liverpool telah merekodkan rekod baru kelab itu dengan 42 perlawanan Liga Perdana tanpa tewas setakat ini dan kemenangan di laman sendiri paling lama berturut-turut di liga tertinggi English sejak tahun 1972 dimana mereka menghuni tangga ketiga ketika itu.

Dengan baki 13 perlawanan yang bakal dihadapi adakah Liverpool akan berjaya untuk mengh@puskan badi 30 tahun tanpa kejuaraan Premier League? Selamat maju jaya Jurgen Klop dan anak buah beliau! You never walk al0ne!