JDT tamatkan pra-musim ‘rare’ dengan keputusan positif

Kelab Johor Darul Takzim (JDT) yang memegang gelaran juara Liga Super musim lalu menamatkan aksi pra-musim 2020 dengan menentang kelab dari UAE, Emirates FC di Dubai. Walaupun kalah tipis dengan kelab dari UAE itu 2-3, ia tidak menghalang JDT untuk memperolehi keputusan yang positif apabila daripada empat perlawanan pra musim, JDT mencatatkan tiga kemenangan. Tewas dalam perlawanan pertama 2-0 kepada FC Riga, kelab Latvia, JDT bangkit untuk menundukkan tiga lawan mereka yang seterusnya.

Mereka menewaskan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dibba Al-Fujairah 1-0, kemudian menundukkan pasukan kebangsaan Turkmenistan 2-1 sebelum mencatat kemenangan ke atas MSK Zilina dari Slovakia dengan keputusan 2-1. Semesti JDT harus diberi perhatian oleh pesaing-pesaing Liga Super dan pasukan Liga Juara-Juara Asia yang lain, ini kerana persiapan kali ini dilihat lebih serius dan tersusun.

Bagi Kelab-kelab lain, seharusnya mengambil contoh dari pengurusan JDT, Kedah, Terengganu dan Selangor yang memberi sepenuh perhatian kepada persiapan pasukan dengan mengambil langkah yang lebih tersusun dan efektif bagi membentuk pasukan yang mantap bagi menghadapi saingan Liga Super bagi musim 2020.