Perlawanan pertama di Stadium Darul Aman guna sistem nombor tempat duduk?

Menjelang perlawanan pembukaan Liga Malaysia, Kedah FA antara pasukan pertama akan menghadapi cabaran apabila bakal menentang Wofoo Tai Po FC(Taiwan) bagi pusingan kelayakan Asia Champions League(ACL) di Stadium Darul Aman, Kedah pada 21 Januari nanti.

FA Kedah antara kelab yang terawal mempersiapkan pasukannya takkala pasukan lain masih lagi mencari rentak dengan mengatur perlawanan pra musim dan latihan-latihan isentif. Mereka( FA Kedah) telahpun menamatkan Perlawanan Pra musim 2020 dengan menjadi Juara Smart RSN Cup di Kemboja pada 14 Januari yang lalu.

Kredit: Facebook FA Kedah

Selain dari persiapan pasukan, pihak pengurusan Stadium Darul Aman juga giat menjalankan kerja-kerja naik taraf stadium bagi memenuhi syarat AFC. Antara kerja naik taraf yang dilakukan adalah menambahbaik infrastruktur dalaman stadium, tempat duduk penyokong serta ‘Score Board’ yang baru.

gambar dari penyokong Kedah
Pemasangan CCTV yang baru

Namun, apa yang lebih menarik lagi FA Kedah bakal menggunakan sistem tempat duduk bernombor bagi perlawanan kelayakan ACL kali ini, perkara ini dimaklumkan kepada kami oleh penyokong Kedah sendiri apabila tiket yang dibelinya secara online di laman web TicketHotline yang telah dibuka tepat pada jam 12.00 tengahari tadi mendapati di lampiran yang diberi oleh emel TicketHotline terpapar nombor tempat duduk.

Keratan tiket yang dihantar oleh penyokong Kedah, Hafizie Nor Aziz.

Walaupun perkara ini belum disahkan lagi oleh pihak pengurusan Stadium Darul Aman, kami ingin mengucapkan syabas kepada pengurusan kerana berani untuk menggunakan sistem tempat duduk bernombor kerana ia dapat memberi kelegeaan kepada penyokong Kedah yang datang dari jauh ataupun yang pulang lewat dari kerja untuk menonton perlawanan.