Kuwait tolong asah taring Harimau Malaya

Skuad senior negara bakal uji ketajaman dengan skuad senior Kuwait di perlawanan persahabatan pada bulan Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil. Berita itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam sendiri.

Perlawanan persahabatan ini adalah salah satu perancangan FAM bagi mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Stuart Ramalingam berkata di dalam sebuah penulisan dari Stadium Astro

“Kami baru sahaja mendapat pengesahan daripada Kuwait yang bersetuju untuk mengadakan aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan pada Jun depan.”

“Dan saya melihat ia satu peluang terbaik kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menilai persediaan pemain negara sebelum berlepas ke Bangkok nanti.”katanya.

Kuwait yang pernah menyertai Piala Dunia 1982 di Sepanyol berjaya memenangi Piala Asia pada tahun 1980, muncul naib juara pada edisi 1976 dan pemenang tempat ketiga pada edisi 1984. Kuwait adalah merupakan satu-satunya pasukan teluk yang berjaya memenangi 9 kejuaraan West Asian Football Federation Championship (WAFF).

Ini bakal menjadi perlawanan persahabatan yang baik bagi memulakan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.