Siapa bakal jurulatih Malaysia B-22?

Selepas memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali skuad B-22 negara susulan prestasi hambar yang ditampilkan skuad berkebangsaan pada Sukan SEA 2019 di Filipina, Disember lalu.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih lagi mencari-cari penganti yang sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut dan sehingga kini FAM telah menerima sejumlah 12 permohonan bagi mengisi jawatan tersebut dan 4 daripadanya adalah jurulatih asing.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam pemilihan Ketua Jurulatih B-22 tidak boleh dilakukan secara terbvru-bvru memandangkan skuad bawah 22 tahun negara tidak menyertai mana-mana kej0hanan besar. Ini sedikit sebanyak memberi ruang untuk FAM untuk menilai dan memilih ketua jurulatih yang layak untuk memikul tanggungjawab membimbing skuad muda negara.

Beliau berkata lagi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bakal bersidang pada awal Mac ini bagi melihat kesemua calon berkenaan sebelum menamakan individu yang layak.

Skuad bawah 22 tahun Malaysia menerima tamparan hebat di Sukan Sea 2019 di Filipina apabila terkandas di pusingan pertama dengan kekal@han mengejutkan ditangan Skuad bawah 22 tahun, Kemboja pada tahun lepas. Sementara itu, Dato’ Ong Kim Swee yang tidak disambung k0ntraknya kini dilantik sebagai Ketua Unit Pembangunan Belia FAM.