Piala Super Spanyol ke Arab Saudi

Piala Super Spanyol atau lebih dikenali dengan Supercopa De Espana bakal menggunakan format perlawanan yang baharu buat pertama kalinya selepas tahun 38 tahun piala ini dianjurkan. Secara tradisinya hanya 2 pasukan sahaja yang menjadi finalis bagi Piala Super Spanyol iaitu Juara La Liga dan Juara Copa Del Rey. Tetapi pada edisi kali ini, pihak pengurusan Liga Sepanyol telah menambah lagi dua kuota pasukan iaitu dari dua pasukan teratas La Liga musim lepas dan dua finalist Copa Del Rey tahun lalu.

Pada 11 November 2019 yang lalu telah berlangsung undian bagi empat pasukan tersebut dimana mereka bakal beraksi diseparuh akhir dan pasukan yang layak akan berentap di perlawanan akhir yang diadakan pada 12 Januari 2020. Valencia CF, Juara Copa Del Rey tahun lalu bakal bertemu Real Madrid yang mengisi tempat Barcelona yang mendapat dua kuota hasil dari kemenangan Liga dan finalist Copa del Rey, Atletico Madrid pula bakal berentap dengan Barcelona bagi merebut tiket ke final.

Menurut Presiden Royal Spanish Football Federation (RFEF), Luis Rubiales, dengan perubahan dari dua ke empat finalist ini dapat menarik lebih ramai penyokong ke stadium dan dapat juga mempromosikan kelab-kelab yang menjadi finalist Piala Super Spanyol. Menurut beliau lagi, bukan sahaja format perlawanan sahaja ditukar venue perlawanan yang dulunya dilangsungkan di Sepanyol juga telah ditukar ke Arab Saudi selama tiga musim dimana perlawanan akhir akan diadakan Stadium King Abdullah Sports City, Arab Saudi.

Selain itu, Piala Super Spanyol secara tradisinya dimainkan sebagai pembuka tirai bagi musim baru. Walau bagaimanapun, disebabkan Tour dan komitmen pra-musim yang lain, ia tidak semestinya mudah untuk mencari tarikh yang sesuai. Oleh itu, RFEF mengambil keputusan untuk beralih ke Januari. Akhir sekali, bagi finalist Piala Super Spanyol, mereka akan mendapat direct bye di Pusingan 32 Copa del Rey secara automatik.

Sumber : fcbarcelona.com