Teaser jersi FA Kedah tayang nama penaja

Persoalan siapakah penaja utama skuad Lang merah tahun ini seolah-olah sudah terjawab apabila gempar di laman media sosial FA Kedah yang telah memuatnaik teaser jersi baru mereka yang bakal digunakan bagi menghadapi musim Liga Super 2020 dan kelayakan play-off Asia Champion League.

Teaser 1 Lotto x FA Kedah

Are you ready? Coming Soon!

Posted by FA Kedah on Tuesday, 31 December 2019

 

Video yang berdurasi 21 saat itu, memaparkan sedikit rekaan ketiga-tiga jersi FA Kedah dan secara tidak sengaja telah menampakkan logo penaja dihadapan baju tersebut. FA Kedah yang pada mulanya dikhabarkan cuba untuk mendapatkan penajaan dari Qatar Airways seakan-akan tidak menjadi kenyataan apabila kertas kerja yang dihantar sebelum ini ditolak oleh syarikat penerbangan yang berpengkalan di Doha, Qatar tersebut.

Selepas video yang dimuatnaik oleh FA Kedah, ramai yang mempersoalkan dari mana asal usul penaja atau syarikat ‘Chenang Bay’ kerana apabila dicari di Carian google berkenaan info syarikat tersebut penyokong tidak menjumpai sebarang maklumat tentang ‘Chenang Bay’.

Ini membuatkan ramai penyokong Lang Merah tidak sabar untuk menunggu pengumuman tarikh perasmian jersi pasukan dan barisan penaja FA Kedah untuk musim ini.