Kem Pahang FA dalam dilema?

Naib Juara Liga Super 2019, Pahang FA, antara salah satu pasukan yang dilihat agak suram dari segi persiapan pasukan untuk menghadapi cabaran Liga Super yang akan bermula pada 28 Februari 2020 ini.

Mereka dilihat seperti dilanda dilema kerana terdapat beberapa pemain utama mereka meninggalkan pasukan antaranya Safuwan Baharudin, Wan Zaharulnizam dan Kogileswaran Raj Pengurusan juga tidak menyambung kontrak Shahrul Idlan Talaha untuk musim hadapan dan setakat ini pemain yang ditandatangani oleh Pahang FA ialah penjaga gol Kuala Lumpur, Sharbinee Allawee.

Beberapa berita yang kurang enak juga didengari dari Kem Pahang FA apabila dikhabarkan hanya 15 orang pemain sahaja yang turun menjalani latihan sejak awal bulan lalu dan bakal menggunakan ramai pemain dari skuad Piala Presiden dan setakat hari ini nama Herold Goulon sahaja pemain yang dikekalkan untuk slot import.

Menurut laporan, Dollah Salleh juga tidak meneruskan kontrak beliau bersama Pahang FA namun selepas beberapa perbincangan yang diadakan beliau bersetuju untuk mengendali pasukan itu untuk tempoh 1 tahun lagi. Namun itu, kelibat Dollah Salleh, Ketua Jurulatih jugak tidak kelihatan dalam gambar latihan pasukan di laman media sosial Pahang FA.

Adakah Pahang FA dilanda masalah yang besar sehingga membantutkan persiapan pasukan Liga Super musim hadapan?